Powered by Blogger.

Adik Amira Bawa Bekal Nasi Goreng Guna Bekas Sabun Axion


Kisah ini benar-benar menyentuh hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Membaca kisah kesusahan orang lain tanpa kita menduga air mata ini mengalir.

Cerita ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik. Ia telah diceritakan oleh seorang ibu yang mana anaknya ada berkawan dengan seorang perempuan yang bernama Amira (bukan nama sebenar). Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.

Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng sebab itu memang kesukaan dia. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi bersama-sama.Dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu.Mungkin Amira dah jemu agaknya, hari-hari bawak roti kosong cicah air sirap jer.
Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira.Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.
“ Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedaplah, mesti ko tak nak makan nanti”
“Ala, ko bawa jelah, belum bawak, dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya.”

“Ok lah,ko punya pasal esok aku bawak ya.Aku bawak nasi goreng special untuk ko.”
Yeeaaahhh..anak saya suka sangat bila Amira bersetuju nak bawak nasi goreng esoknya.
Sampai di rumah,malam hari sebelum tidor Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng.Dia tak mahu bawa roti kosong 2 keping tu.

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya bertanya Mira.
“Mira ko bawa nasik goreng tak..?”
“Aku bawak ni”.Mira senyum..

“Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.”
Tepat pukul 10.00 pagi loceng rehat bunyi,mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi. goreng..

Sampai di kantin. Anak ku membelikan air minuman untuk mereka minum bersama.
“Jom kita buka bekal sama-sama.”

Anak ku mengeluarkan bekas nya.Amira pun keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik.

Tiba-tiba mata anak saya tidak berkelip..
“Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..?”
“Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..”

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon bekas warna kuning tu.

“Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?”

“Tak lah.mak aku yang bubuh dalam bekas tu.Kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu, dah biasa dah pakai bekas macam ni”
Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

“Mira,kenapa ko tak cakap yang ko tak de bekas untuk bawak nasi ni.aku boleh bagi ko bekas.kenapa ko tak cerita dengan aku Mira.ko ni kan..”

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

“Mira..aku rasa bersalah sangat sebab menyusahkan ko.Tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..”

“Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..”

“Mira..jangan ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko.”
Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak de rencah..tak de rasa pun..tawar je..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia pulak berlinang..anak saya tanya kenapa ko menangis.Dia cakap tak ada apa.Tak pe lah.Kita makan aje lah.

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya,.saya menangis.Tapi saya tidak menangis semasa itu,saya tidak mahu menangis didepan anak sayaSaya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya.
“Esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita.”

Kemudian saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta.Sebenarnya bukan saya tengok kereta,saya menangis semahunya kat tepi keta tu.Tak sangka sangat,dizaman moden ni masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita,sedih dan sayu hati ni.

Kepada orang kaya di luar sana,ingatlah.Dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan

Saya berdoa kepada Allah,agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Tindakan NGO Islam, memalukan Islam, Melayu dan Malaysia Zairil kata.





















Tindakan NGO Islam, memalukan Islam, Melayu dan Malaysia Zairil kata.Pemimpin Melayu DAP Zairil Khir Johari menyelar tindakan sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyembelih ayam dan melumur darah kepada gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Ia boleh dianggap sebagai gila dan tidak berhak dipanggil orang Islam.

Ahli Parlimen (MP) Bukit Bendera itu menegaskan, tindakan NGO tersebut dalam satu demonstrasi hari ini di Kuala Lumpur adalah memalukan.

"Ini memang kerja gilalah.

"Tindakan ini buat malu Islam, buat malu Melayu dan buat malu Malaysia," kata Zairil apabila dihubungi selepas insiden tersebut.

Sekumpulan lebih kurang 50 individu yang menggelarkan diri mereka “Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia” bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Pemimpin yang wajahnya terdapat pada kain rentang itu adalah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (DAP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk Lee Khai Loon (PKR).

Zairil bagaimanapun berkata, menghormati hak untuk berhimpun oleh mana-mana kumpulan tapi ia mestilah tidak melampaui batas.

"Saya tidak faham, mereka nak berdemo itu hak mereka, nak berdemo selagi aman itu tidak bermasalah.

"Cuma demo yang macam ini berbentuk provokatif. Saya lihat satu tindakan yang provokatif... saya juga tidak faham kenapa nak sembelih ayam," katanya.

Zairil juga mengecam tindakan menyembelih ayam sewenang-wenangnya tersebut sebagai bertentangan dengan Zairil menganggap bantahan yang dilakukan sebagai kerja gila.

"Mereka kata NGO Islam tapi ini bukan perbuatan yang selari dengan ajaran agama. Ini tindakan membunuh haiwan sewenang-wenangnya.

"Lepas itu, mereka letak darah lah seolah-olah perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ini ajaran sesat nampaknya," tegasnya lagi.

Zairil juga melahirkan kebimbangan selepas kumpulan NGO tersebut dilihat cuba mengambil tindakan ganas apabila membuat ancaman secara fizikal kepada Kok.

"Paling saya khuatir adanya ugutan terhadap YB Teresa Kok dimana mereka tawarkan RM500 sebagai ganjaran kalau sesiapa menampar...

"Ini satu ancaman untuk mencederakan beliau. Saya harap pihak polis akan ambil tindakan," katanya.

Beliau juga berkata, pihak bertanggungjawab terhadap bantahan itu sebagai gila kerana tidak berfikir dengan rasional dengan mengadakan himpunan sedemikian.

"Nak kata ugutan ganas ke apa pun saya tidak tahu. Ini memang kerja orang gilalah.

"Dulu, tunjuk punggung tapi sekarang ini sudah naik ke tahap tidak rasional dan macam dah nak jadi ganas. Masa di Pulau Pinang tempoh hari pun dah jadi. Sekarang ini nak macam dah amuk. Ini satu perbuatan amuk," katanya.

Perhimpunan tersebut yang dinamakan "Bantahan penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu” oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina diadakan berhampiran Jalan Tun Perak berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur petang ini.

Antara sepanduk yang dinaikkan adalah gambar wajah Kok berbadan ayam selain tulisan berbunyi "Reward atau ganjaran RM500, menghina Islam, azan sembahyang, mencaci Melayu (Melayu sial) tampar dan amik gambar sebagai bukti siapa cepat dia dapat hanya seorang pemenang sahaja."

Kok mula dikritik dan dikecam berikutan memuat naik sebuah video sambutan Tahun Baru Cina berdurasi 12 minit yang dikatakan menghina orang Melayu.

Bagaimanapun, Kok berkata, video tersebut bukannya untuk menghina masyarat Melayu dan hanya satira politik bagi menyindir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tentang peningkatan sara hidup.

Peguam Perancis Disekat Untuk Datang Ke Malaysia Kenaan Isu Scorpene





















Kerajaan Umno BN sanggup membenarkan Penjenayah Perang Sri Lanka yang terlibat dengan pembunuhan dan penghapusan etnik iaitu Presiden Mahinda Rajapaksa ke Malaysia untuk meghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia di Johor Bahru pada 4-6 Disember 2012 benar-benar mengecewakan dan menggambarkan sikap sebenar Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Umno BN.

Tetapi mengambil sikap berbeza terhadap kehadiran Peguam Perancis iaitu William Bourdon dan Joseph Breham dengan tidak membenarkan masuk ke Malaysia utk sekian kalinya sedangkan ianya adalah jemputan rasmi yang di buat oleh Ketua Pembangkang , DS Anwar Ibrahim pada 7 November lalu.

Jingga 13 benar-benar hairan kenapa DS Hisamuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri begitu tegas terhadap kehadiran 2 Peguam tersebut hingga mengugut akan menahan mereka jika hadir ke Malaysia seolah-olah mereka adalah penjenayah atau terroris yang boleh mengugat keselamatan rakyat dan negara ini.

Malah kedua-dua Peguam Perancis tersebut tidak sedikit memiliki rekod jenayah sepertimana Presiden Sri Lanka yang terpalit dengan rekod jenayah membunuh 30,000 orang awam berketurunan Tamil di Utara-Timur Sri Lanka pada pertengahan tahun 2009 dengan menyerang hospital,kawasan perumahan dan sebagainya dalam misi ‘ethnic cleansing’.

Kehadiran Peguam Scorpene adalah untuk memberikan taklimat perbicaraan Scorpene di Mahkamah Perancis iaitu pembelian kapal selam yang dibeli dari DCNS di Perancis melibatkan dana awam serta komisyen sejumlah RM500juta dibayar kepada Perimekar Sdn. Bhd. iaitu syarikat kepunyaan rakan baik DS Najib Razak, Razak Baginda .

Sebelum ini kerajaan cuba menafikan bahawa tidak wujud sebarang kes dan perbicaraan di Perancis berkaitan skandal tersebut. Justeru, kenapa begitu takut dengan kehadiran 2 peguam daripada Perancis yang mewakili Suaram dalam kes rasuah tersebut?

Jingga 13 yakin bahawa tindakan menafikan Peguam Perancis tersebut untuk hadir memberikan taklimat di Parlimen kepada Ahli-Ahli Parlimen adalah membuktikan bahawa wujud rasuah terhadap pembelian kapal selam tersebut di Perancis sehingga DS Hisamuddin Hussein terpaksa mengambil tindakan tegas tanpa sebab yang munasabah tidak membenarkan Peguam Perancis tersebut masuk ke Malaysia untuk meyelamat ‘sepupu’ beliau.

Tindakan tersebut adalah turut membuktikan bahawa DS Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan Malaysia terlibat dengan skandal rasuah yang melibatkan RM500 juta bersama rakan baik beliau Razak Baginda sehingga melibatkan pembunuhan Altantuyya Sharibuu.

Terbukti Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan ‘kuku besi’ dan terus memberikan tekanan kepada kebenaran dan sanggup melakukan apa sahaja demi survival politik DS Najib Razak dan Umno BN yang semakin tertekan dengan kebangkitan rakyat yang bakal mejatuhkan Umno BN dalam PRU 13 akan datang.

Jingga 13 yakin rakyat Malaysia semakin celik dan sedang menanti saat yang terbaik untuk menjatuhkan Umno BN!

Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13

KESIAN AHLI PARLIMEN JOHOR DIHEMPAP BATU NISAN..























Heboh dan menjadi mulut penduduk di sekitar Air Molek, Melaka apabila seorang ahli parlimen dari Johor yang datang berceramah disitu Ahad lepas dimalukan dengan "hadiah" berupa sebatang batu nisan dari seorang lelaki diatas pentas ceramah.

Ahli Parlimen tersebut dibawah khas dari Johor Ahad lalu sempena Karnival 55 Jam Ayer Molek.

Menurut penduduk, ketika ahli parlimen itu berceramah dan asyik mengutuk pembangkang dan tokoh-tokoh utama pembangkang, seorang lelaki telah naik ke pentas dan menghempas batu nisan dihadapan ahli parlimen tersebut.

Menurut penduduk lagi, lelaki tersebut mendengar ceramah pada mulanya, bangun menghilangkan diri, kemudian datang semula dengan batu nisan yang seolah-olah baru dicabut.

Ahli parlimen yang terkenal dengan sikap lantang dan merupakan ayam tambatan bagi UMNO/BN diparlimen tersebut tergamam dan terus berhenti ceramah seketika apabila ditanya oleh lelaki tersebut kenapa beliau datang kesini dan kemudiannya lelaki tersebut terus menghempas batu nisan di depan ahli parlimen tersebut dihadapan ratusan penyokong-penyokong UMNO/BN.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ADUN Ayer Molek, Datuk Md Yunos dan oleh ratusan penyokong-penyokong UMNO yang lain, yang belum pernah berlaku dalam sejarah di Melaka ini.

Tiada sesiapa mengenali lelaki terbabit, mungkin juga cucu-cicit Hang Jebat yang ingin memberi amaran supaya jangan makan sembarang makan.

Tidak tahu apa tujuan lelaki tersebut menghempaskan batu nisan, dihadapan Ahli Parlimen Seri Gading, Muhammad Aziz.

Mungkin juga rakyat sudah jelek mendengar pembohongan-demi pembohngan UMNO sedangkan kehidupan harian rakyat bawahan semakin tertekan dibawah pemerintahan UMNO/BN.

Mungkin batu nisan itu simbolik bahawa sudah sudah sampai masanya UMNO dikuburkan setelah 55 tahun memerintah.

Lelaki tersebut tidak dikenali tersbut telah dibawa oleh polis untuk disoal siasat.

Harian Metro ada mengeluarkan berita tersebut semalam di ahkbarnya.. sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..


Moral of the story.. Orang Gila pun tak percaya temberang Pemimpin UMNO/BN jadi mengapa agaknya masih ada manusia yang mengaku dirinya waras mempercayai temberang pemimpin UMNO/BN?

Adakah mereka lebih tidak waras dari orang gila ini atau mereka sememangnya bodoh?

Sumber info : Yusof Wahab

Pendedahan Tan Sri Musa Hasan UMNO Perkudakan POLIS!






















Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Musa kemudiaan memetik Sesyen 4(1) daripada Akta Polis yang menyatakan bahawa sebarang arahan kepada pegawai polis mestilah datang daripada KPN, yang mempunyai bidang kuasa ke atas arahan tersebut.

“Saya dimaklumkan malahan Setiausaha Agung boleh mengarahkan CPO(Ketua Pegawai Polis) dan (mengarahkan mereka untuk) melapor balik kepada mereka. Jadi siapa yang mengawal polis sekarang?

“Arah dan kawal... ke atas pasukan polis haruslah dibawah KPN. Tiada orang lain boleh beri arahan.”

Namun, bekas pemimpin tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut enggan mendedahkan nama tetapi mendakwa beliau menerima arahan tersebut daripada menteri, timbalan menteri dan ahli politik, juga daripada pembangkang.

“Apabila saya menangkap penjenayah, yang terlibat dalam aktiviti haram, pasti akan ada panggilan telefon daripada pihak atas.

“Saya masih ingat... seorang MP pembangkang selalu datang ke pejabat saya. Dia bawa kepada saya banyak saman (untuk selesaikan). Saya kata Tan Sri... awak (antara salah seorang) yang meluluskan di Parlimen.

Musa juga mensasarkan penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang dianggapnya sebagai seorang hanya mengikut arahan kepada ahli politik berpengaruh.

“Kamu baca akhbar. Kadangkala, kamu dengan (ahli politik berkata) “Saya arahkan polis buat itu... buat iini,” jawab Musa apabila ditanya bentuk arahan yang diberikan kepada KPN ketika ini.

“(Ismail) orang yang baik, tetapi menjadi seorang yang baik dan menjadi popular bukan adalah perwatakan menjadi seorang KPN. Kamu perlu jadi lebih tegas.

“Kadangkala, kamu perlu jadi seorang yang lantang (kepada) pihak atas. Apabila tidak betul... jangan hanya kata ya.

“Jika seorang KPN hanya mengikut perintah, dia akan jadi KPN terbaik di dunia. Jika dia lantang, dia akan jadi KPN yang jahat dan tidak akan ada banyak tuduhan ke atas dirinya,” gurau beliau.

Beliau menggambarkan hubungannya dengan Hishamuddin sebagai biasa, tetapi Menteri Dalam Negeri tersebut secara langsung mengarahkan beliau untuk mengawal pasukan polis.

“Apabila saya mendapati arahan yang diberikan kepada pegawai baru dan OCPD (Ketua Polis Daerah) tanpa pengetahuan saya, jadi pastinya suatu yang salah berlaku.

“Jadi saya tekankan kepadanya Sesyen 4(1) Akta Polis... arah dan kawal dalam pasukan polis adalah hak KPN, bukan seorang menteri.

“Saya beritahu dia secara baik tapi dia tidak suka. Sebab itu (jawatan) saya tidak disambung,” dakwa Musa.

Musa bertugas sebagai KPN selama tiga sebelum bersara pada 13 September 2010 selepas kes rasuah yang ditutup pada Julai 2007 kerana kurang bukti.

Sidang akhbar tersebut dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), sebuah pemantau bukan kerajaan (NGO) yang mengakui mereka akan “mencabar sebarang statistik yang dikeluarkan oleh PDRM”.

NGO tersebut mendakwa mereka mempunyai statistik jenayah “sebenar” daripada pasukan polis yang dituduh mereka telah “dimanipulasi” sebelum dikeluarkan kepada orang awam.

MyWatch juga mengakui mereka memiliki bukti melibatkan pegawai atas polis dengan kumpulan bawah tanah.

Mereka merancang untuk mendedahkannya secara berperingkat, bermula minggu depan jika PDRM masih enggan bekerja dengan mereka.

~ The Malaysian Insider

PangLima Ludah Buat Hal Lagi, Kali Nie Apa Plak




















Mantan Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah adalah individu yang kelihatan telah mengiringi Wakil NGO Royalti (R) yang hadir ke Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang cuba masuk ke dewan itu beberapa hari lalu.


Kenyataan ringkas di Facebook Setiausaha NGO itu, Hishamuddin Ghazali, selepas kejadian.. beliau mendakwa telah dihalau oleh sekumpulan 'samseng' Umno.






















"Kami hadir dengan aman untuk membawa suara rakyat Kelantan bagi menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan untuk mencadangkan usul tergempar berikan royalti Kelantan.

"Berginikah layanan parti yg kononnya memperjuangkn Melayu. Adakah rakyat masih tidur selepas kami diperlakukan bergini?" soal Hishamuddin.

Video berikut adalah kenyataan dari Arman mengenai kejadian tersebut.

Disamping memberikan penjelasan tentang insiden itu Arman juga berpesan buat penyokong Pakatan Rakyat..

Katanya “saya nak bagitau kat puak-puak Pakatan di luar sana.. sila hormati budaya Melayu, sila hormati tatasusila, sila hormati majlis orang.. jangan datang ke majlis orang untuk membuat kacau…”

Saksikan!!.. mula-mula di cakap elok saja.. lepas tu...


BUAT HURU HARA RUMAH ORANG, REZEKI ALLAH S.W.T AMBIL BALIK

























Ingat lagi tak sebuah NGO yang mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga kerana memprotes tindakan Ambiga kerana menggerakkan BERSIH 3.0 dulu?


NGO dengan nama Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang mewakili peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) itu telah memberi tempoh dua minggu kepada Ambiga untuk membayar ganti rugi dianggarkan RM200,000.

Setelah bermati-matian menunjukkan sokongan mereka terhadap UMNO yang menentang BERSIH 3.0 itu.. semalam budi mereka terhadap UMNO telah dibalas oleh UMNO melalui DBKL..

Ini laporan dari KL Today..

DANAU KOTA – Isu Bazar Larut Malam Uptown Danau Kota semakin panas apabila empat peniaga ditahan polis dalam situasi tegang, malam kelmarin.

Kekecohan yang berlaku hampir dua jam itu melibatkan kira-kira 200 peniaga Uptown Danau Kota, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis selepas perbincangan berhubung isu penutupan aktiviti berniaga pada hari Isnin dan Selasa menemui jalan buntu.

Sebelum itu, perbincangan berlangsung dalam keadaan tegang antara Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Uptown Danau Kota, Ahmad Fauzi Abdul Karim; Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah 1 Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Pengurusan Penjaja (JPPP) DBKL, Saifol Mazli Ahmad.

Keadaan semakin kritikal apabila DBKL mengarahkan tiga gerai yang dibuka pada malam itu ditutup atau berdepan tindakan sita.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga tidak berganjak dan mengancam mahu membakar gerai tersebut sebagai tanda protes terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu.

Kedegilan peniaga terbabit bagaimanapun membawa padah apabila pemilik gerai tersebut ditahan polis.

Empat peniaga tersebut di bawa ke Balai Polis Setapak untuk disiasat di atas kesalahan mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Ketegangan di situ dileraikan kira-kira jam 11.45 malam hasil kerjasama kira-kira 80 anggota DBKL dan juga anggota polis dari Balai Polis Setapak.

Fauzi menafikan peniaga mahu menentang pihak berkuasa tetapi berasa dimalukan kerana kekerasan yang dilakukan terhadap mereka.

Menurutnya, bagaimanapun, apa peniaga mahu tercapai iaitu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat negara ini bahawa peniaga-peniaga Melayu di Uptown Danau Kota kini ditekan dan beliau turut mendakwa terdapat unsur rasuah di Uptown Danau Kota.

“Selama ini apa yang peniaga mahu adalah lanjutan tempoh berniaga sempena cuti sekolah tetapi permohonan kami ditolak dengan alasan aduan penduduk oleh DBKL.

“Walhal masalah ini bukan berpunca daripada peniaga tetapi disebabkan oleh segelintir pihak yang tamak dan wujudnya unsur rasuah sehingga peniaga menjadi mangsa kepada isu ini,” katanya.

Fauzi berkata, peniaga-peniaga tidak akan berganjak dan akan mempertahankan Uptown Danau Kota kerana ia milik rakyat.

Keputusan DBKL jelas

Saifol Mazli berkata, keputusan DBKL tidak membenarkan aktiviti perniagaan pada hari Isnin dan Selasa telah diputuskan.

“Peniaga harus menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa.

“Pada masa sama, DBKL akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan kepada peniaga yang ingkar,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata, kira-kira 200 peniaga akan membuat laporan polis bagi menyatakan sokongan kepada pihaknya dalam membantu peniaga di situ.

“Ikhlas tidak akan berganjak dalam isu di Danau Kota dan sekiranya masih tidak selesai, isu ini akan dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri. Kita akan berarak ke Parlimen.

“Ikhlas juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kemungkinan terdapat unsur rasuah dan penyelewengan dalam penganjuran bazar di Uptown Danau Kota,” katanya.

Berikut pula adalah video dari Free Malaysia Today..