Pedoman Hidup
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim.” (riwayat Ibn Majah dan Abu Ya’la)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” (riwayat al-Tirmizi)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya amalan pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Oleh Hal Demikian,saya ingin mengambil kesempatan disini menyeru Diri Saya dan Seluruh Umat Islam Dapat Bersatu Di bawah Naungan Allah S.W.T. Titik Beratkan lah Ilmu Pengetahuan Supaya Umat Islam tidak Ketinggalan Jauh Di Bawa Arus Kemodenan Dan Kelekaan Dunia Yang Serba Cangih Sehingga Melalaikan Umat Islam Dipelusuk Dunia..Waahuallam.
0 comments:
Post a Comment